Monday, October 12, 2015

Cinta satu saat

Venue: Food court Tesco
Time: Zaman kejatuhan Rom ( zaman sekolah)


Basically aku jenis yang tak directly balik rumah lepas habis waktu sekolah.
Tapi aku jarang lepak mall dengan baju sekolah.
Zaman sekolah ni waktu aku rebel pasal semua benda.
Pasal apa aku rebel tu tak perlu la aku cerita.



One of my fav place was this food court.
Ada dua sebab dia aku suka lepak sini.
Satu, makanan dia sedap.
Dua, sebab budak lelaki kat sini sedap dipandang.


Selain aku, banyak lagi budak sekolah lain yang lepak sini.
Termasuk one guy ni yang mana aku kenal dia kat food court tu.
It started with a friendly smile to one kind of friendship.
Friendship without contact number/fb/etc


And I kinda like him. You know the school girl kind of like.


"Aku suka hang, Nad"
"Aku pun suka hang!"
He started to laugh.
"Aku lawak ja"
"Aku pun lawak"

*a moment of silence*

"Aku nak pergi beli burger. Nak?"
Aku geleng.




And I received a news last week he's getting married by end of this year.





Look guys, kalau kita suka kita cakap kita suka.
Don't worry about being rejected.
Somehow kalau aku bagitau dia, aku serious masa tu.
Dia tetap akan jadi tunang orang lain atau mungkin tak.
Yes, if things were meant to be it will be.




Tapi kalau diri sendiri tak nak usaha, Tuhan pun tak nak tolong.

Sunday, October 11, 2015

Kenduri & Kemaluan

Ahad & kenduri mana pernah berpisah kan?
Awai pagi lagi ma dah siap nak pi Kedah.
Anak kawan dia nak kahwin tapi anak dia mereput lagi.
Ingatkan terlepas la azab kena teman dia.
Jangan disangka pagi yang cerah tiada hujan di petang hari.

"Adik, satgi hang singgah la sat kat rumah makcik depan ni.
  Dia buat kenduri satgi dia kata apa kita tak pi"

Masalahnya aku cuma berkomunikasi dengan makcik tu kalau
dia datang minta serai.


Dah settle bergolek dalam bilik, turun la bawah.
Mak mertua hang tinggai kain sebakul untuk lipat.
Pandainyaaaaaaa dia.
Untuk mengelakkan ceramah 3h 3m, aku lipat.
Rambut aku ni jenis yang pendek.
Dan disebabkan ia menggangu konsentrasi melipat baju.
Aku buat la tocang pokok nyok tu.
Sama dengan tocang kat bahagian depan kepala.


Apa? Ampa tertunggu cerita kenduri ka? Ke kemaluan ni? Sabaq sat.


*kriuk kriuk perutku berbunyi*


Nak pergi kenduri tu memang tidak la jawab dia.
Aku call la Mcd & sambung lipat baju.
"Assalamualaikum..."
Bukan itu bukan panggilan jodoh tapi bodoh.
Mamat delivery dah sampai & aku masih dengan seluar tidoq spongebob.
Capai ja kain batik ma & tudung terus lari nak bukak pagar.



AKU INGATKAN MAKCIK DEPAN BUAT KENDURI KECIK JA TAPI DIA PASANG DUA KHEMAH DEPAN RUMAH DIA GUYS DUA KHEMAH


*semua tetamu dia pandang aku macam aku dah bunuh 100 orang*

"Haaaaa awat tak mai makan sini, Nadhirahhh?"
"Mak pi kenduri kat kedah cik... Ingat nak tunggu dia dulu lagipun tak sihat sikit ni"
*amik paperbag dengan rakus*
"Sakit kepala ka nak?"
*angguk & sengih macam orang gila & masuk rumah*


Tapi awat dia cakap aku sakit kepala? Ah, biar la kat dia.
Sambil aku keluarkan makanan dari plastik.
Aku ternampak la kelibat diri sendiri kat cermin.



AKU LUPA BUKAK TOCANG ATAS KEPALA & AKU SARUNG JA TUDUNG DAN KAIN BATIK AKU SENGET SEBELAH. ALLAHUAKBAR MELEPAS LA MAKCIK TU NAK JADI MAK MERTUA AKU.



Pengajaran:
1. Jangan berlagak sombong takmau pi kenduri orang jemput.
2. Jangan order delivery kalau hang tak mandi lagi.

Friday, September 25, 2015

Cinderella & Selipar

I know it's been years since the last post
Anak I dah boleh pakai boxer pun sekarang
And I pun dah hambar misalnya macam lawak di atas.



Happy raya, guys.
Jangan makan banyak sangat daging nanti DNA lembu terlebih dalam badan dan jadi lembu.


Jadinya aku pergi menonton. Polis Evo. Ok aku kasi 7/10 & laki Terengganu comel.
Aku keluar dengan cousin aku dan tunang dia.
Jadi third-wheel ni sumpah menyampah oi.
"Mi, meh sini kunci tu b simpankan"
"B... Mi nak popcorn tu"
"Nanad nak air...... Haaa"
"Hang pi la beli sendiri" kata dua dua beruk.
*ngesot pergi kaunter*
Nasib baik abang kaunter comel tapi masih bodoh sebab bila aku cakap nak milo ice dia tetap tanya with or without ice? *buat yoga sambil layan bodoh dia*



Masuk dalam wayang, cerita dah start pun.
Sebab kadar berjalan dengan pasangan bercinta akan lebih perlahan berbanding berjalan sendiri.
Aku dah lunjur kaki ke depan, well aku tinggi okay.
Masuk segerombolan lelaki-lelaki yang masuk lambat dan nak masuk barisan aku duduk tu.
Aku nak elak kaki aku selisih mereka aku angkat la kaki aku ke seat.
GUESS WHAT? SELIPAR AKU TERCAMPAK KELUAR DARI KAKI AKU KE DEPAN

Ada mamat tu dah pandang aku tapi aku pandang hp sebab malu tahap nauzubillah.
Mamat-mamat tu dah settle down aku bukak la flash lampu cari selipar.
Jumpa sebelah bawah seat aku, sebelah lagi takda guys. TAK ADA.
"Wei selipar aku tak jumpa ni wei"
"Mi, bodoh la Zizan ni mi"
"Itu la pasal b" *sambil gelak-gelak

DONT BE A THIRD WHEEL IN YOUR LIFE FOR GOD SAKE.




Takkan la aku gigih nak gi tunduk cari, aku pun fokus ke cerita.
*cerita tamat*
Aku dah tertunduk-tunduk kat abang depan tu punya seat and it still not there
Toyol dah mula curi selipar pun ka?



"Haaa awak cari selipar ka?"
*toleh berdiri sambil angguk laju yang mampu*
Mamat tu masih pegang selipar aku.
"Letak la bawah selipar tu"
"Takut nak letak bawah kang terbang lagi pulak"
ON YOUR FACE NADHIRAH
"Lain kali selipar tu tak payah pasang sayap naaa. Hati-hati.

*seret seret kaki keluar wayang dgn muka tebal 18000 inci*






Aku patut balik dan tinggalkan ja selipar tu at least esoknya ada orang datang suruh pakai selipar tu dan jadi Puteri kan?




No more selipar in wayang anymore.

Sunday, July 19, 2015

Ramadan & Tragedi

Cuti sem dekat-dekat nak raya ni umpama
"pergi perang masa musuh penuh sepadang"
Dari kerja hantar kuih, tapau makan kat bazar, babysit etc etc
Semuanya mestilah "haaa hang cuti kan nad? satgi mai rumah"
Abah tak ada, abang tak ada. Semuanya busy.
Jadi start cuti ni aku memang lepak kat rumah makcik aku.


Sabar la, ini bukan cerita pasal "how I spend my holiday"


Bermula la hari kedua terakhir Ramadan, makcik ajak berbuka rumah A.
A ni cousin aku yang dah kahwin (dia memang rapat dengan aku)
*masa berbuka*
Makcik: *hulur lauk dekat aku*
Cousin; toksah-toksah hulur makanan berat sangat kat dia. Satgi dia ada kerja nak buat
Aku; *dalam hati* mesti kena hantaq kuih lagi (aku hanya diberi air dan kurma)


*one hour later*


Tak, bukan kena hantar kuih.
Lagi teruk dari hantar kuih; teman anak-anak dia main mercun
Do you think it's easy to play with these kids?
Yes if you're an athlete who involve in running sports


*lepas dah lari lebih kurang lapan pusingan dekat taman rumah tu*

Jiran; awak lagi! Datang babysit ka? (basically dia ni jiran cousin aku yang kepoh tapi hensem)
Aku; aah. Teman bebudak ni main mercun. Muka saya kan muka penyayang so dorang suka.
Jiran; mungkin. Belajar asas parenting ni bagus.
Aku; *borak punya borak pasal parenting*



*anak sedara aku pandang ja aku atas bawah sekali dia datang dekat*

Anak sedara; eleh ucu ni nak sembang pasai anak boypreng pun tak ada. Sini laaa, lilin dah padam.





Hello, dia 9 tahun okay sembilannnnn tahun.






Mungkin aku patut campak mercun tu dalam mulut dia.






Selamat hari raya korang. Xoxo.

Saturday, May 23, 2015

A good therapist gone bad

Hello from me to you my fans. 
*krik krik*
Currently I'm doing my clinical posting at Hospital (bukan nama sebenar)
And it is so not fun. 
Cause I'm working for free. 
So basically it was my first day. 
And my first case sheet. 
I took it, it's a new case. 
So I've to go thru all those interview sesh with my patient. 
He came in the department; a young man. Okay, he's quite charming. 
I lost my focus and smiling like an idiot. 
I asked him to sit so that I can proceed with the interview sesh. 

Me; duduk la, encik. 
Pesakit; tak, taknak. 
Me; tak apa saya faham. Bukan semua suka datang therapy dan hospital. Duduk...
*mengalah dan duduk*
Me; Jadi, boleh ceritakan mana masalah? Mana rasa sakit tu?
Pesakit; aah sakitnya tu di hati
Me; taktik-taktik ni takkan berkesan ea. Jangan macam-macam *muka garang*
Pesakit; tak. Saya serious. Sebab yang sakit tu mak saya *tunjuk ibu dia*
Ohhhhhhhhh.....








It's normal to be over excited on your first day, right?

Thursday, April 16, 2015

Maghrib dan Talkin

Seingat aku, setiap kali cuti sem mesti aku lepak rumah cousin/vice versa.
Aku ada la cousin yang boleh tahan lampi dia.
Tahap lembab piang maksima la.
Sekolah lagi cousin aku ni; nama dia kita letak ida (bukan nama sebenar)

Masa tu dia gila sungguh drama tv3 pukul 0700pm tu.
Dah lupa la tajuk dia tapi watak utama dia hensem.
Kebetulan dah azan Maghrib dan abah pun balik.
*bukak pintu*

"Haa Maghrib-Maghrib tengok la drama bercinta dukung pi katil ni semua, esok mati tv la nak jawabkan dalam kubur"


Aku dah biasa abah PMS macam tu.
Kawan ni punya la jakun terkejut kalut off tv.
Hang nak pi semayang pi la, tutup pulak tv.
Kacau orang cuti-cuti malaysia ni menonton.
Yang tak tahan, sampai sorok remote dalam poket.


Apa, mana bacaan talkin? Sabaq sat.



Lusanya aku lepak rumah cousin aku yang satu lagi.
Kebetulan Ida ni overnight dekat sana.
*pukul 0700pm*

Ida; sebelum kita tengok drama time Maghrib ada benda kita kena buat.
Aku; tau la kita semayang dulu satgi kita sambung tengok.
Ida; dak la. *hampiri tv*


Hampa tau dia pi pulun bacakan talkin dekat speaker tv tu.
Cousin aku satu lagi dah buat muka beruk.
"Syiahnya budak ni, hang ni pasaipa Ida?"


"Pakngah yang kata tv ni nak tolong jawabkan ke kalau kita mati nanti, kot la kita mati atleast kita dah ajaq dia cara-cara nak jawab soalan"






Lani hampa habaq la mana aku tak rasa nak sumbat wayar tv tu dalam otak dia bagi cergas sikit.

Tuesday, April 7, 2015

Kepit dan Fitnah

Hello.
"Miss me? Hek heleh padahal whatsapp pun tidak."
"Whatsapp bukan penanda rindu tapi doa"
Hashtek akak deep hashtek harap ada yang cair. 


Okay, aku pernah ada pengalaman berkerja di nurseri kanak-kanak. 
Of course la kanak-kanak takkan la atuk-atuk nak gi nurseri.
*gelakkan diri sendiri*
And kerja nurseri memang tak senang.
Hang ingat duk ajaq abc untuk apple ball cat ja?
Dalam sehari paling kurang hang kena lari 100km (kahkahkah)


Aku ingat lagi pasal satu budak ni; A nama dia. 
(dia mesti dah sekolah rendah, kalau aku tulis nama betui kang pakwe dia marah)
Dia ni suka betul membuang; erti kata lain muka jamban. 
Dan dia tak pandai sangat nak basuh. 
HAMPA BOLEH PIKIR TAK SAPA YANG KENA BASUH?


Aku ada dua lagi pembantu lain yang kerja kat situ. 
Satu petang tu kami tengah borak-borak. 
Sekali sorang pembantu ni nak terkencing tapi toilet ada sorang lagi tu. 
So dia duk kepit kaki dia dekat tepi dinding. 
And si budak A ni nampak. 
*berlari ke arah aku*
A; kak lynn uat pew tu?
B; bila kita tengah tunggu turn nak guna washroom kita kena buat camtu. 
*budak A perati Lynn atas bawah lepastu lari sekeliling rumah*




Apa? Bukan, ini bukan cerita scene wiwi la. 
Suatu pagi yang indah tu. 
A dihantar oleh ayah dia. 


"Papa papaaaa ni la ticer *censored* niii laaa"


Ayah Budak A; awak ajar anak saya ABC ke ajar anak saya kepit taik?




Patut la abah pesan jangan belajar dekat-dekat dengan bilik air, semua tu SETAN. 






Nasib baik aku hanya cikgu tadika, kalau sekolah menengah? Mahu jadi cikgu naraya aka suraya. 

Monday, March 16, 2015

Perasan yang guriskan perasaan

Kepada golongan adik-adik yang sering rasa tertindas oleh kaum abang.
This is our story.
Like I told in my previous post; aku ada satu-abang-yang-tak-guna
Tapi dia kasi duit belanja bulan lepas jadi hidup abang!
Tak, ini bukan cerita cinta terlarang ke apa-apa.
Atau forum jejak kasih, bukan.


Basically rumah kitaorang hanya ada 2 lelaki dan separuh lelaki (abah selalu panggil aku jantan)
Awak, saya bukan pondan dan awak masih boleh ngurat saya!
Ma busy jadi kerja memasak memang bukan atas kepala aku unless 2 lelaki tu nak makan maggi.
Dan.... Obviously mereka tak nak maggi kuah sikit.
(kalau awak suka maggi kuah sikit, boleh la daftar nama kita kat Jabatan pernikahan)
Jadi, aku dengan abang aku keluar nak tapaukan makan sebab malam tu nak tengok movie sama-sama. Romantik kan? (aku kena paksa)
Abah pulak keluar makan sedap-sedap masa ni dengan kawan dia.


*dalam kereta*
Lokasi: kedai nasi lemak MakJah tapi sikmak MakJah lagi power.
Waktu: mungkin malam sebab AWAN warna hitam.

Abang: haa pi la turun beli.
Aku: pasaipa adik? Abg la. Turun lekaih.
Abang: abg habaq abah adik rosakkan extension bilik dia malam tadi.
Aku: (dalam hati memuji Allah sambil memaki hamba dia sorang ni) tapi satu syarat!
Abang: apadia lagi?
Aku: bukakkan pintu! Adik nak prektis sweet-sweet dengan laki adk. Prektis dengan abg tak haram.



DAN SEMORANG DEKAT SITU PANDANG MACAM AKU SURUH ABANG AKU PELUK AKU DAN AKU RASA DALAM HATI DEPA MESTI CAKAP "DIA NI TANGAN KUDUNG KOT NAK SURUH ORANG BUKAK PINTU"



Gamak doa orang tangan kudung.
Hetchu society.
Aku pun pesan la apa aku nak pesan.
Dan.... Macam biasa aku dan masalah nyanyuk aku.
*one text received*
"Wallet dalam kereta la nyanyuk oi*
Tengok, macamana aku tak nyanyuk kalau dalam sehari 1000kali depa panggil mcmtu.



Aku pun jalan pergi kereta
*bla bla amik wallet pergi kat meja aku duduk tadi*
There's a note with phone number on it.
Aku pun pandang sekeliling; ada satu mamat tengah sengih beriya dekat aku.
Euwwwwwwww tapi dia comel la.
Aku pun ambik simpan la dalam poket.




Tak, ni bukan cerita pasal aku kena mengurat, bukan.
Aku pun whatsapp number tu cakap aku yang kat kedai tadi.
Lama okay aku tunggu and finally there's a reply.
"Oh hi adik ipar, saya kasi sebab nak suruh kasi number saya kat laki yang naik kereta dengan awak tadi. Hihihiks"





Apakah sebenarnya terjadi? Aku dijadikan orang tengah dalam percintaan gay.......


Wednesday, February 25, 2015

Seribu kali sayang

Sebelum aku nak mula taip pasal taiuk di atas, ijinkan aku untuk.....
Fuck those who let others to wait for them as if we don't have any other work to do.
Okay, dah hembus asap carutan ke muka engkorang.
Sebelum baca, lap dulu muka tu *hulur tisu*



Kisah pun bermula pada cuti tahun zaman penjajahan kerajaan berleluasa dan menindasi rakyat.
Atau dalam erti kata lain... cuti sekolah tahun lepas.
Biasalah bebudak nak sunat time-time macamni.
Di mana-mana ada ja makhluk bersama kain pelikat sambil memegang burung.
Dah habaq burung tu tak boleh terbang, ketegaq!
Anak sedara aku umurnya 4 tahun.
Mak dia ni ambik keputusan nak sunatkan dia (bye kulit telo)
Sebabkan tak nak kasi dia gerun pada hari nak kena kerat mak dia pun explain la pasal sunat.


Conversation cap anak dan ibu.
Mak; esok kita potong bebird adik okay.
Anak; *pgg kemaluan* takmau la adik sayang bebird adik.
Mak; sebab sayang la kena potong.
Anak; ohhh sayang kena potong ea? *gelak gelak bahagia*

Maka dengan itu, habis la proses potong memotong tu.
Tak ada majlis macam zaman dulu-dulu pun setakat potong kat klinik.
Tapi anak sedara aku ni paling lasak la.
Hari kedua bersunat dah gi luar main basikal.
*eh tak nyilu ka?*



Cerita dia bukan pasal anak sedara aku sunat pun sebenarnya.
Petang tu lepas jogging aku singgah rumah dia nak jenguk dia.
Dengar la mak dia bebel-bebel dekat dia.
Dia pun acah merajuk masuk bilik.
Aku pun nak tahu cerita di sebalik tiba-tiba ada kucing yang kelihatan pelik depan rumah dia.


Meow meow meow *kucing melintas*

Aku; kenapa mama marah adik?
Dia; mama ckp kalau sayang kena potong kan?....
Aku; err ya.. Adik potong apa ni?
Dia; adik sayang tam (kucing tanpa pemilik kat taman tu) dia comel.
Aku; dahtu? Hang buat apa?!
Dia; adik otong (potong) la bulu dia. Dia kotor. Adik pun potong bebird sbb kotor.






Jadi, aku kena potong ramai orang la ni kan?

Monday, January 26, 2015

Confident level KLCC

Ikutkan peredaran masa, cerita ni zaman aku sekolah lagi.
Masih jahil dan yela sedikit comel serta muda.
Kebiasaannya, weekends abah akan keluar tinggal kitaorg adik beradik dekat rumah.
Aku ada satu abang (takut nak kutuk dia sbb dia stalker)
Kebetulan hujung minggu tu AA (abang&abah) keluar.
Urusan lelaki katanya.
Eleh, tipu lah kalau home alone zaman sekolah tu engko nak cakap engko study.
SIAPA JA STUDY ON WEEKENDS?
Dengan selaju yang mungkin, aku pergi la curi-curi masuk bilik abang aku.
Cup! Ini bukan cerita pasal diari abang aku yang dia tulis bila dia baligh tu, bukan.
The best part is; diari tu dia kasi awek dia baca (literally ex now)
"Ala, ayg ja yang baca so abg xdela malu sgt"
Dah habis gelak? Okay aku sambung. Aku pun ambik la video game.
Masa ni aku tak pasti la abang aku guna PS1 ka PS2.



Sambil seronok main game WWE tu.
Tak, aku tak pernah terer pun. Tapi aku selalu sedapkan hati cakap game tu yang noob.
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu.
Apa? Awak fikir ini cerita pasal anak jiran saya mengurat saya?
Tidak! Anak jiran saya bercinta dengan budak taman sebelah masa tu.
*bukak pintu slow2* (SIAPA TAK TAKUT ADA PENCULIK)


Pakcik Abu (bukan nama sebenar) : Assalamualaikum, saya ni kawan ayah kamu.
Aku: Mana ada ayah, abah la. Oh, haa saya la anak dia. Masuk la (sangat-sangat tak ikhlas)

Sambil aku salam tangan dia, aku kasi tau la abah tak ada dia keluar bla bla.
Dia pun cakap "tak apa nak, pakcik singgah nak jemput kahwin anak pakcik ja"
Masa tu dalam hati dah seronok sebab pakcik tu singgah kejap ja.
Tapi, jangan sangka hujan tak turun di petang hari.

Pakcik Abu; nak, pakcik nak air sikit boleh? Kalau boleh, nak teh.


*MONOLOG*
Kalau boleh? Memang tak boleh la sebab aku mana reti bancuh pun.


Situasi di dapur bukan macam yang anda sangkakan dan aku tak ada smartphone lagi untuk gugel.
Aku pun pakai la ilmu silap mata aku untuk buat air tu.
And aku rasa air tu tak ada la teruk sangat sebab sebelum balik pakcik Abu cakap macamni;
"Lagi dua hari pakcik minum, pakcik tak payah jalan dah"
Maknanya, dia tak payah jalan-jalan dah untuk senang kan hati dia, minum air aku pun dia dah happy.





All those formal conversation in between and he left.
After few hours my dad came back home and as I told him about his friend.
The first question that came up was "apa nama pakcik tu?"
BILA MASA AKU TANYA PULAK.
Memandangkan aku dah diam lama sangat abah kata nak tengok kad kahwin tu.




Depan sampul surat kad kahwin selalunya kita tulis nama tetamu yang kita jemput kan?
And my dad was like "siapa pulak Encik Kamal Baharuddin ni?"




Dan sebenarnya pakcik tu salah orang dan dia bukan kawan abah pun.




Ini masih bukan salah aku kan? Atleast I kasi dia minum teh percuma. Kan?

Friday, January 2, 2015

Copy and paste

Happy 2015, guys.
Tahun demi tahun berubah, aku tetap sama (masih insomnia)
Firstly ini bukan pasal tahun baru atau azam baru
Dan ini jugak bukan pasal copy paste Wikipedia untuk siapkan esaimen.
Ini pasal kawan aku Abu (bukan nama sebenar)


Abu ni cakap dekat aku yang dia nak ubah status dia tahun 2015 ni.
Jangan risau, Abu masih lelaki.
Dia nak pasang makwe la kekononnya.
Lalu Abu pun minta aku selaku DR.Cinta jahanam ni nasihat.



*conversation antara aku dan Abu*
Abu: macamana la aku nak tackle makwe sorang ni oi. Aku dah habis rapat and aku dapat rasa dia ada same feeling untuk aku cuma dia tunggu aku bukak mulut kot.
Aku: alaa, senang ja. Kau cakap jela "nak tak jadi girlfriend aku?"
Abu: euw langsung tak romantik!
Aku; *hantar gambar love quotes yang aku google* dan pesan ke dia SKRINSHOT GAMBAR NI.
Abu: okay thanks nad muah I love you so strong mwahs


15minit kemudian

Abu: hmm
Aku; apasal?
Abu: jahanam semuanya
Aku; kenapa??
Abu; aku hantar skrinshot gambar yang kau hantar la tapi lain yang jadi.
Aku: bak aku tengok conversation tu.



Guess what? Abu yang sangat la pandai ni SKRINSHOT conversation aku dgn dia
Dan send makwe tu. Kau rasa?
Punya la malas dan bangang.





Akhirnya, tahun baru datang tapi Abu masih bujang.