Saturday, December 20, 2014

Pondan & air free

Lokasi kejadian; kedai Mamak Pelita Sg Dua.
Btw, sup dia memang power makan dengan roti benggali.
Apa, tak pernah makan? Kesian~~
Okay la, nak dijadikan cerita aku lepak la dengan kengkawan aku (2 perempuan, 3 lelaki)
Selain aku, ada la seorang lagi perempuan (nama dirahsiakan)
Kalau kau terbuka blog aku, aku minta maaf terkutuk dengan sengaja.
Dari mula sampai lah air dah tinggal setengah gelas.
Dia punya bercakap pasal boyfriend dia (sambil buat muka annoying)
"Dia buat mcmni kat I, dia beli itu ini dekat I, B I ni comel la korang tau?"
Kalau nak tau, B dia tak comel pun.
Muka macam biawak garang okay, tengok pun macam nak telan orang.
Aku syak pakwe dia cannibals.




Jadi 3 lelaki yang dari tadi senyap tetiba bersuara
"Nad, tengok la org semua dah berubah, berpasangan, yang hang tu duk mcmtu ja"
Aku;
"Habih hang nak suruh aku duduk camana lagi? Duduk atas kerusi kan memang camni."
Aku sebenarnya faham, saja nak tengok dia bengang.
Dia sound lagi;
"Yala, org makin lama makin nak ubah itu ini, becoming a better person"
Aku tak puas hati, aku tanya lagi;
"Maksud hang?"
Dia pun sedut air dia dulu, mungkin memang panas dengan aku.
"Orang makin jadi perempuan, hang tu dari dulu sampai sekarang duk kasaq serupa tu ja"




Ini la masalah orang kita.
Depa cakap "don't please someone by being someone else, be yourself"
Bila dah jadi diri sendiri, cakap pulak aku bukan perempuan.




Aku pun dengan muka selamber katak.
Entah la tak pernah tengok katak duduk selambe lepak minum kat Pelita.
Dengan yakin aku jawab;
Hang nak tau satu benda dak? Sebenarnya aku kan... Dah lama berubah.
"Berubah apa?"





"Dulu aku lelaki, sekarang aku pondan"





Hikmah kejadian ni, walaupun aku di sound bagai tiada hari esok;
air aku minum depa kena bayaq sebab aku bangun blah lepas dialog terakhir.

Friday, December 12, 2014

Kifarah menipu (bukan ceramah agama)

So here's the story begin; I went out for a movie with my cousin.
"Hi kenalkan nama cousin saya Amy"
And the not so best part; she brought a friend that I don't even know.
Still the best part is; he was so charming with his braces.
*ciri 1; aku turnon dgn lelaki pakai braces*
(but I did not wet my panties there, chill)



So we meet him up at the cinema and the introduction scene came up.
"Hi ni cousin aku, Nad" and I was smiling like an idiot.
"Hi, I'm Danial btw" with his saliva splashing all over the place.
Ok, maybe it's because of the braces (cerita dari pengalaman) so I ignored it.
We are there early by the movie starts in 15 more minutes so they went to buy popcorns and drinks.
"Akak nak ice lemon tea taknak ice" and she gave me with the ice.
Okay, semua pekerja wayang ni emo dan pekak.
While waiting I was playing fun run (tak seronok pun game seronok lari ni)
Then I looked up at this guy (Danial tu la)
He was talking to my cousin and the whole time he was talking his saliva keep on coming out.
And ENTER into his popcorn box.
(PENGOTORNYA MAMAT NI) jerit dalam hati.
Bla bla the movie starts
And HANYA AKU JA MANUSIA YANG MASIH MAIN HP DLM WAYANG?
Maybe the movie was a lil bit bored. No, I mean super duper bored.
Suddenly Danial pass me his popcorn.
But before that, the awkward moment I was sitting in the middle between my cousin and him.
KRIK KRIK WAHAI CENGKERIK.
So I was like "nvm, I don't eat sweet things"



I thought we will just go home after the movie.
But it was not like what I thought, they head up to baskin robins.
And the most exciting part is "it's on me, aku belanja"
Dialog acah acah lelaki budiman dari Danial.
So, I decided just to sit there and wait up for them to order.
As they returned to the table they were holding two cups of ice cream.
Fokus, kami ada TIGA org kenapa dorang pegang DUA?
"Pity your cousin tak makan benda manis kalau tak dah dapat aiskrim I belanja"





DONT YOU EVER SAY I JUST WALKED AWAY, I'LL ALWAYS WANT YOU
(nyanyi dalam hati untuk aiskrim tu)



Dua pengajaran di sini
1) lelaki HENSEM tak semestinya pembersih.
2) jangan MENIPU kalau nak aiskrim free.

Thursday, October 9, 2014

Sapu arang kat muka

Hari raya korban lalu terkorban la perasaan malu aku sebagai ahli kumpulan SkuadWanitaWanitaPemalu.
"Wei, datang la rumah. Ada open house"
Tunggu lagi? Org dah jemput, terjah la!



Situasi dia, nampak la budak comel.
Aku memang pantang nampak budak comel-comel ni.
"Makpak bagi makan kcolly ka dik?"
Aku grab la satu budak laki ni, nama dia Ihram.


*perbualan sekeliling aku*
"Hensem kan laki baju Melayu ungu tu"
"Yang tolong letak lauk tu kan?"
"Tadi dia pandang aku, dia senyum"
Lalu manusia gila ni semua cuit aku.
"Hang ni diam ja, takkan la hang buta hati sampai langsung tak nampak laki hensem?"



Setempek kena buta hati sebab tak meroyan macam depa ja.
Akibat taknak bagi depa kacau aku dan Ihram ni.
Aku pun selamba tak berapa badak la sebab aku kurus dari badak tunjuk satu lelaki ni.
"Ihram, hensem kan uncle tu?" sambil jeling gossip girls kat sebelah aku.
"Aah hensem" dia pun ketawa-ketawa macam faham.



*30minit kemudian*
Datang la bayang makhluk yang tak dikenali.
"Meh jom kat papa" sambil dukung Ihram tu.
"Pa, kakak akap papa encem" sambil tunjuk aku dengan meriahnya.
Bang! Bang!



Konklusinya, aku senyum sambil buat muka bengap-bengap susu jala.




Nasib baik la bini dia takda kat sebelah, tak pasal aku jadi daging korban kat situ pulak.



Saturday, September 27, 2014

Dua kali lima; lima kali dua

Situasi 1;
Bermulanya cuti sem (walaupun dua minggu, nak cakap cuti sem jugak)
kawan-kawan belajar tempat lain-lain jadi cuti pun tak sama, apa lagi pishang la sorang-sorang.
Lalu datang la lembaga-lembaga koporat (sepupu aku) overnight dekat rumah.
Aktiviti dipilih; tonton cerita hantu. Conjuring.
Aku rasa lebih sepuluh kali la aku layan cerita ni.
Padah pasang volume kuat sangat masa tonton cerita hantu (sila rujuk ke bawah)
*hantu muncul dekat depan skrin*
Cousin; Ahhhhhhhhhhh! Hantuuu!!! Babinya hantu ni!!!! *sorok dalam selimut*
Jangan lupa, tolong jerit dalam high pitch ye.
Aku; dah kenapa, hang ni? Hantu ja pun. Bukan dia kuaq dari tibi.
*selitkan suara paling riak kat alam semesta*





Situasi 2;
Selesai menonton tu, semua masuk bilik.
Hujan turun tanda nak suruh tidur.
Aku khusyuk main hp masa tu, fikiran melayang ingatkan Redza Minhat.
*petir bunyi kuat sangat*
Aku; eeeeee. Petir. Takut! *masuk dalam selimut*
Jap, sapa suruh jerit dalam high pitch? (low ja)
Cousin; ini la dia ketuk dulang paku serpih, kata org jangan sampai aku katok hang.




Ini bukan rindu, ini madah Tuhan bayar tunai sekarang.
Berlagak sangat si tuan blog ni.




Padahal kalau nampak lipas terbang, sebelum lipas terbang, dia terbang dulu.

Wednesday, September 10, 2014

Waktu Tidur Diragut

Hujung minggu pun jenguk aku yang hmpir lemas dalam kolam kebosanan.
Lokasi kolam tu, di rumah bujang aku (kalau rasa nak tamatkan status bujang aku, bolehlah meminang aku dengan kadar segera)
Dalam sedang kelemasan tu, datang la sepupu aku sebagai life guard dan tolong kasi aku CPR (dibaca ; ajak aku keluar tengok wayang)
Aku memang perempuan yang pesen siap dalam 10minit ja.



Sampai la Queensbay Mall with 10 others (acah-acah check in foursquare)
Sebelum beli tiket wayang tu, singgah makan Nandos hanya kerana ayam.
Engko jngan tak tau, aku ni kekasih ayam yang paling setia.
Sebabkan semua disekeliling aku asyik main handphone.
Aku pun beli la MOBILE DATA.



Masa tengah beratur untuk beli tiket wayang, masuk la satu whatsapp.
*kawan lelaki, anak kawan abah*
 "Hi, nad yang comel manis anggun ayu sado dan kacak. Nak minta tolong ni" (okaylah, anggun tu aku tokok tambah)
Aku masa tu mata tengah tengok nak pilih seat, sekejap tengok handphone.
Dengan rakusnya aku pun balas whatsapp dia.


"Nak apa ni, puki saya?" (saya nak taip PUJI&saya benci orang yang cipta J sebelah K)


Apa kau rasa? Aku tengah jerit sekuat hati masa tu dan dalam hati jala aku jerit.
Aku terus tutup DATA masa tu.





Malam tu sampai takut nak tekan button WIFI.
Sampai tak tidur.


Dan esoknya aku dibahan sepuasnya.


Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidakku duga jari gemok dan typo begini~

Saturday, August 30, 2014

Tersepit dan masih bodoh

Aku kalau rajin tulis blog ni, maknanya aku dah penat dihuburkan dengan TV dan PS dan aku ditinggalkan sorang kat rumah.
Semua dah keluar, malam merdeka kan?
Dan, yes. Aku memang lifeless sikit. Aku lebih suka sambut kat rumah.
Tengok bunga api dari tingkap bilik aku dengan secawan kopi atau milo.
Ya, bakal suami.
Kita akan buat benda ni sama-sama nanti. (apa salahnya aku nak berangan, dah kau diam)


Okay okay, asalnya aku cerita pasal merdeka.
Jangan la buat muka bosan, aku bukan nak bentangkan kisah prasejarah parameswara tu, bukan.
Cuma ada satu yang menggangu sikit tentang peredaran zaman.

*perbualan zaman 80an*
"Eh, ni buku kau aku pinjam semalam. Terima kasih"
"Laa. Kalau nak guna lagi boleh ja. Sama-sama"

*perbualan zaman sekarang*
"Ni buku kau do, amik ah balik do"
"Apasal pulangkan do, guna ah dulu kalau nak do"

(bila dengar do do ni, satu ja aku nak cakap "diam la bodoh")


Dan, ya. Kita memang dah merdeka.
Tapi kita masih tersepit dalam kebodohan kita sendiri.
Kita masih menari di peredaran masa yang makin lama makin mencuri segala adab dan tatasusila.
Kita sibuk berbunga api bersorak sana sini laung merdeka.
Tapi hati kita masih terkurung.





Jadi selamat memerdeka-kan jiwa sendiri wahai anak anak termasuk diri aku yang menulis.

Sunday, August 24, 2014

Mulakan pagi dengan sexting

Sabajap, aku bukan nak ajar engkorang sexting. Jangan la panik camtu.
Aku ni ada la sorang collegemate yang ada dua personaliti yang berbeza.
Sekejap dia suka engko sekejap lagi dia block engko kat semua laman media.
Dan benda yang dia paling gemar buat; dia tak faham semua benda sekeliling dia.
Contohnya "kite tak faham la kenapa, kite tak faham la kenapa" and so on.
Dari awal aku cerita engkorang dah boleh rumuskan yang aku tak gemar dengan dia ni.


Mesti kau tanya apa yang sextingnya? Sabajap kalau ya pun gelojoh.
Tetiba manusia ini(perempuan) whatsapp saya pada 0610am.
Kita bajet la dia baru lepas menunaikan fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
(selitkan gambar yang dia hantar kat whatsapp) *gambar boobs yang berbaur unsur kelakar*
Perasaan aku pada waktu tu cuma;
"Pukui 6 pagi kau hantar gambar macamni cik (nama dia)"
Dan dengan separa sedar aku ketawa la untuk gambar lucah dia yang tak la kelakar mana.



Dan sebab dia hantar adalah "aku hantar sebab kau kan suka joke"
Kemon, aku nampak macam pervert sangat ka untuk dapat joke boobs pepagi macamtu?
Tazkirah boobs (sambil gelak gelak dan nangis kenangkan muka pervert aku)





From now onwards, officially I'm a pervert. I mean a cute pervert.

Wednesday, August 20, 2014

Alolo yang bertempur dengan K

Benda ni jadi dah lama juga la tapi still within this month.
Mungkin awal bulan, baru sekarang sempat nak post.
Kemon la, aku pun ada life. Hahahahambar.




Mulanya pagi tu aku dapat whatsapp dari abah aku yang berbunyi (selitkan lagu unintended)
"demam ka? Dah makan ubat tak? Hang tu ketegaq mana layan ubat semua.
  dalam hidup ni, kalau diri kita sendiri kita tak nak jaga,  Tuhan pun tak nak jaga"

Pesanan panjang lebar ni aku dapat lepas aku spam ws abah aku semata mata nak ngadu aku demam.
Cait, langsung tak macho.



Lalu, diri aku yang masih bodoh dan tak pandai react untuk kata kata sebegini aku pun balas
"Alolololo abah ni"

Apa? Salah ka aku balas itu? Okay lagi dari aku cakap awlolo kan?

*after few hours*

Abah balas K.




Aku kena belajar jadi manis lagi kalau taknak terus di-K-kan.

Friday, August 1, 2014

Setan yang disetankan

Selamat hari raya semua. Raya? Biasa la kena pergi beraya banyak rumah dari pagi sampai petang.
Biasanya aku ni bukan la kenal sangat tuan tuan rumah yang aku p beraya tu apatah lagi anak anak mereka yang pandang sampai nak tembus tu. Mungkin dorang geram aku comel. Mungkin..


Jadi aku terfikir nak lain kan sikit suasana raya aku tahun ni lepas teringat dialog kawan rumah aku.
"Remote astro kita boleh tukaq channel rumah lain"
Masa nak gerak beraya tu aku ambik sekali remote rumah aku ikut.
Setiap rumah yang aku pergi , aku main bantai ja tukar channel dorang , kuatkan volume dan macam macam lagi (ternakal sikit , maaf)
Kebanyakkan rumah tak perasan pun sampai la satu rumah tu. Aku geram sangat.
Aku tutup ja tibi dia. Hahahaha. Lepastu tuan rumah tu cari la remote dia sambil pikir kenapa tibi tu boleh ter-off. Aku pun letak la remote aku pegang tu bawah peha aku.
Aku pun menikmati kuih raya dia yang sedap tu.



Yang rasa bersalah sangat , pakcik tu kasi aku duit raya tau.
Seronok sangat layan perut dan poket yang berisi , aku pun selamba ja la keluar tinggalkan rumah yang entah ke berapa aku beraya tu.
Haa. Korang pikir apa? Remote aku tu kan?





Itulah buat perangai lagi , last last aku yang takda remote astro.

Saturday, July 26, 2014

Nak jaga hati last last makan hati

Sepanjang cuti raya ni (kolej aku baik kasi cuti banyak , hidup Dato!) aku tak ada aktiviti produktif yang berpanjangan jadi aku ada masalah tidur. Waktu tidur aku totally make over. Manusia pesen apa tidur pukul 9 pagi bangun pukul ........ Tak apa la. Tak payah tau lagi bagus. Memandangkan bazaar ramadhan taman rumah aku ni banyak sangat drama dan fesyen aku amik keputusan nak beli nasi lemak mak kurik kawan mengaji aku dulu , Mak Milah. Dari kecik aku tak tau kenapa dorang panggil dia kurik , mungkin dia suka main kurik kundi. Mungkin la.


Perjalanan ke kedai Mak Milah ni tak ambik masa yang banyak pun jadi aku jalan ja la. Senaman. Tapi senaman tu sia sia bila aku ambik lauk ikut nafsu. Sampai depan rumah , ada suara menegur.
Oh , makcik sebelah punya anak. HENGSEM! (selitkan suara menjerit)

A : Ni , kuih mak suruh bagi.
Aku : Eh , terima kasih. Buat susah ja. (cuba untuk tenang tapi gagal kawal adrenaline)

Aku masuk rumah sepantas kilat. Orang tua tua cakap , jangan pulangkan pinggan kosong. Aku pindahkan kuih tu dalam pinggan aku , siap basuhkan pinggan dia (punya nak ambik hati) aku kasi la nasi lemak Mak Milah tu. Selamat beli lauk lebih.
*10minit kemudian*


Aku : Nah awak , nanti kasi emak.
A : Eh , terima kasih. Awak masak? (tersenyum)
Aku : (siapa tak panik kalau senyum macam tu jadi terangguk)



Mesti dari tadi engkorang pikir , apa yang pelik? Tukar tukar juadah berbuka ja pun.
Itu la masalah dia bukan. Masa aku tutup pintu rumah aku terserempak lagi dengan mamat tu.

A: Awak , terima kasih bagi nasi lemak Mak Milah tadi.
Aku : (macam kena tampar laju laju tapi senyum jala)




Aku terasa bersalah tipu hard fans nasi lemak Mak Milah ni.




Dan aku kena pakai purdah la kot lepas ni.

Tuesday, July 22, 2014

Remote pun boleh menjahanamkan hidup

Latar tempat kejadian ni dekat rumah maklong aku. Dari kecik memang aku membesar dekat sini atas sebab sebab tertentu (parents busy)
Sebab tak ada yang menarik nak buat , aku ajak la abang akram (sepupu aku) tengok tibi.
Awal kejadian aku duduk hujung sofa belah kanan ,dia duduk sebelah kiri.
Aku yang pegang remote. Ingat benda ni. Nadhirah-pegang-remote.
Aku tekan la saluran citra ada cerita "The Truth About Love" (kalau salah , sorry)
Lepas tu aku datang penyakit haus secara kronik aku pergi dapur ambik air dan kembali ke sofa sebelah kiri.
Test minda korang kejap , masa memula aku duduk mana? Sebelah kanan. Pandai!
Itu la kesilapan besar aku buat.


Semuanya normal sampai la ada satu detik tu ada babak watak laki dan perempuan duduk sebelah sebelah kat sofa macam kami tapi dorang duduk lagi dekat.
Cup! Aku bukan nak cerita kisah cinta tangan terpaut ka apa apa. Jangan panik. Sambung membaca.
Bang bang bang!
Tiba tiba cerita tu keluar babak dua watak ni sedang menonton porn.
"Ahh ahh ahh harder baby , harder , ahh ahh ah" makin lama makin bingit bunyi ni.
Aku panik aku terus tunduk tengok handphone. Awkward. (selit bunyi cengkerik)
*30 saat berlalu*


Dalam otak aku sekarang "mana remote tibi ni?"
Aku nak bersuara tapi suara tersekat kat kerongkong.
Situasi ni kalau berlaku antara aku dan housemate mungkin ini akan jadi situasi yang kelakar.
Takkan aku tiba tiba nak cakap
"Abang Akram kenapa perempuan tu suruh harder harder , tak cukup hard ka?"
(selitkan nyanyian Dato Siti)


Dan secara pantas abang Akram bangun acah acah ada incoming call.
Satu Malaya tau takda sapa call dia masa tu. Aku pun tau.
Tapi sekurangnya dia ada buat something , aku cuma statik kat situ.
Entah entah dia pikir aku memang nak tengok babak tu dengan dia.
Mampui.






Dan remote tu terletak elok atas sofa sebelah kanan tu.
Aku patut search "harder" kot.

Monday, July 21, 2014

Pengantin Ramadhan

Cerita ni tak tahu nak kategorikan dalam kumpulan cerita kelakar ka lucah.
It's all begins with ada jemputan kenduri masa bulan puasa (sekarang la bulan posa)
Nak cakap secara jujur , aku tak suka pergi kenduri sebab basically aku tak suka tempat keramaian.
Tapi aku diheret , diseret , ditarik sampai kereta (ada sedikit unsur mitos) untuk join pergi kenduri.
Sebab bulan puasa kenduri kahwin atau lebih ke majlis nikah ni dorang buat kat rumah ja.
Besarrrrrr rumah pengantin ni. Besarrrr. Mana tak kalau dia jemput sampai 300 orang.
Sebabkan aku tak pandai berbual (dgn makcik makcik) dan tak boleh cuci mata. Mungkin semua pergi terawih. Mungkin la. Aku lepak kat meja kat luar depan pelamin yang kecil tapi cantik.
Depan aku ni ada la bebudak , aku agak tahap SPM la. Bawah umur aku tapi aku tak tua.



Secara tak langsung , aku terdengar bebudak ni sembang (ingatkan pasal MH17)
A berkata "dorang ni kahwin bulan posa macamana nak buat projek"
B pandang sambil tersengih "projek memikat suami ka? Eh hang pun tgk cita tu. Cantik kan Emma Maembong tu?"
A agak bengang la "bukan tu la mangkuk , projek ehem ehem la"
B jawab sambil tersipu "ohh , alaa depa berhenti sebelum sahur la kot. Nanti nak mandi wajib lagi"
A pun gelak gelak sambil imejin benda karut la kot.



Ya Allah. Kecik lagi bebudak ni. Jauhya pemikiran. Aku masa umur dorang datang kenduri dalam otak aku cuma "kenduri ni ayam dia masak merah ka kicap? Harap harap merah"


Mungkin ini la efek segalanya di hujung jari.