Saturday, August 30, 2014

Tersepit dan masih bodoh

Aku kalau rajin tulis blog ni, maknanya aku dah penat dihuburkan dengan TV dan PS dan aku ditinggalkan sorang kat rumah.
Semua dah keluar, malam merdeka kan?
Dan, yes. Aku memang lifeless sikit. Aku lebih suka sambut kat rumah.
Tengok bunga api dari tingkap bilik aku dengan secawan kopi atau milo.
Ya, bakal suami.
Kita akan buat benda ni sama-sama nanti. (apa salahnya aku nak berangan, dah kau diam)


Okay okay, asalnya aku cerita pasal merdeka.
Jangan la buat muka bosan, aku bukan nak bentangkan kisah prasejarah parameswara tu, bukan.
Cuma ada satu yang menggangu sikit tentang peredaran zaman.

*perbualan zaman 80an*
"Eh, ni buku kau aku pinjam semalam. Terima kasih"
"Laa. Kalau nak guna lagi boleh ja. Sama-sama"

*perbualan zaman sekarang*
"Ni buku kau do, amik ah balik do"
"Apasal pulangkan do, guna ah dulu kalau nak do"

(bila dengar do do ni, satu ja aku nak cakap "diam la bodoh")


Dan, ya. Kita memang dah merdeka.
Tapi kita masih tersepit dalam kebodohan kita sendiri.
Kita masih menari di peredaran masa yang makin lama makin mencuri segala adab dan tatasusila.
Kita sibuk berbunga api bersorak sana sini laung merdeka.
Tapi hati kita masih terkurung.





Jadi selamat memerdeka-kan jiwa sendiri wahai anak anak termasuk diri aku yang menulis.

Sunday, August 24, 2014

Mulakan pagi dengan sexting

Sabajap, aku bukan nak ajar engkorang sexting. Jangan la panik camtu.
Aku ni ada la sorang collegemate yang ada dua personaliti yang berbeza.
Sekejap dia suka engko sekejap lagi dia block engko kat semua laman media.
Dan benda yang dia paling gemar buat; dia tak faham semua benda sekeliling dia.
Contohnya "kite tak faham la kenapa, kite tak faham la kenapa" and so on.
Dari awal aku cerita engkorang dah boleh rumuskan yang aku tak gemar dengan dia ni.


Mesti kau tanya apa yang sextingnya? Sabajap kalau ya pun gelojoh.
Tetiba manusia ini(perempuan) whatsapp saya pada 0610am.
Kita bajet la dia baru lepas menunaikan fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
(selitkan gambar yang dia hantar kat whatsapp) *gambar boobs yang berbaur unsur kelakar*
Perasaan aku pada waktu tu cuma;
"Pukui 6 pagi kau hantar gambar macamni cik (nama dia)"
Dan dengan separa sedar aku ketawa la untuk gambar lucah dia yang tak la kelakar mana.



Dan sebab dia hantar adalah "aku hantar sebab kau kan suka joke"
Kemon, aku nampak macam pervert sangat ka untuk dapat joke boobs pepagi macamtu?
Tazkirah boobs (sambil gelak gelak dan nangis kenangkan muka pervert aku)





From now onwards, officially I'm a pervert. I mean a cute pervert.

Wednesday, August 20, 2014

Alolo yang bertempur dengan K

Benda ni jadi dah lama juga la tapi still within this month.
Mungkin awal bulan, baru sekarang sempat nak post.
Kemon la, aku pun ada life. Hahahahambar.




Mulanya pagi tu aku dapat whatsapp dari abah aku yang berbunyi (selitkan lagu unintended)
"demam ka? Dah makan ubat tak? Hang tu ketegaq mana layan ubat semua.
  dalam hidup ni, kalau diri kita sendiri kita tak nak jaga,  Tuhan pun tak nak jaga"

Pesanan panjang lebar ni aku dapat lepas aku spam ws abah aku semata mata nak ngadu aku demam.
Cait, langsung tak macho.



Lalu, diri aku yang masih bodoh dan tak pandai react untuk kata kata sebegini aku pun balas
"Alolololo abah ni"

Apa? Salah ka aku balas itu? Okay lagi dari aku cakap awlolo kan?

*after few hours*

Abah balas K.




Aku kena belajar jadi manis lagi kalau taknak terus di-K-kan.

Friday, August 1, 2014

Setan yang disetankan

Selamat hari raya semua. Raya? Biasa la kena pergi beraya banyak rumah dari pagi sampai petang.
Biasanya aku ni bukan la kenal sangat tuan tuan rumah yang aku p beraya tu apatah lagi anak anak mereka yang pandang sampai nak tembus tu. Mungkin dorang geram aku comel. Mungkin..


Jadi aku terfikir nak lain kan sikit suasana raya aku tahun ni lepas teringat dialog kawan rumah aku.
"Remote astro kita boleh tukaq channel rumah lain"
Masa nak gerak beraya tu aku ambik sekali remote rumah aku ikut.
Setiap rumah yang aku pergi , aku main bantai ja tukar channel dorang , kuatkan volume dan macam macam lagi (ternakal sikit , maaf)
Kebanyakkan rumah tak perasan pun sampai la satu rumah tu. Aku geram sangat.
Aku tutup ja tibi dia. Hahahaha. Lepastu tuan rumah tu cari la remote dia sambil pikir kenapa tibi tu boleh ter-off. Aku pun letak la remote aku pegang tu bawah peha aku.
Aku pun menikmati kuih raya dia yang sedap tu.



Yang rasa bersalah sangat , pakcik tu kasi aku duit raya tau.
Seronok sangat layan perut dan poket yang berisi , aku pun selamba ja la keluar tinggalkan rumah yang entah ke berapa aku beraya tu.
Haa. Korang pikir apa? Remote aku tu kan?





Itulah buat perangai lagi , last last aku yang takda remote astro.