Saturday, September 27, 2014

Dua kali lima; lima kali dua

Situasi 1;
Bermulanya cuti sem (walaupun dua minggu, nak cakap cuti sem jugak)
kawan-kawan belajar tempat lain-lain jadi cuti pun tak sama, apa lagi pishang la sorang-sorang.
Lalu datang la lembaga-lembaga koporat (sepupu aku) overnight dekat rumah.
Aktiviti dipilih; tonton cerita hantu. Conjuring.
Aku rasa lebih sepuluh kali la aku layan cerita ni.
Padah pasang volume kuat sangat masa tonton cerita hantu (sila rujuk ke bawah)
*hantu muncul dekat depan skrin*
Cousin; Ahhhhhhhhhhh! Hantuuu!!! Babinya hantu ni!!!! *sorok dalam selimut*
Jangan lupa, tolong jerit dalam high pitch ye.
Aku; dah kenapa, hang ni? Hantu ja pun. Bukan dia kuaq dari tibi.
*selitkan suara paling riak kat alam semesta*





Situasi 2;
Selesai menonton tu, semua masuk bilik.
Hujan turun tanda nak suruh tidur.
Aku khusyuk main hp masa tu, fikiran melayang ingatkan Redza Minhat.
*petir bunyi kuat sangat*
Aku; eeeeee. Petir. Takut! *masuk dalam selimut*
Jap, sapa suruh jerit dalam high pitch? (low ja)
Cousin; ini la dia ketuk dulang paku serpih, kata org jangan sampai aku katok hang.




Ini bukan rindu, ini madah Tuhan bayar tunai sekarang.
Berlagak sangat si tuan blog ni.




Padahal kalau nampak lipas terbang, sebelum lipas terbang, dia terbang dulu.

Wednesday, September 10, 2014

Waktu Tidur Diragut

Hujung minggu pun jenguk aku yang hmpir lemas dalam kolam kebosanan.
Lokasi kolam tu, di rumah bujang aku (kalau rasa nak tamatkan status bujang aku, bolehlah meminang aku dengan kadar segera)
Dalam sedang kelemasan tu, datang la sepupu aku sebagai life guard dan tolong kasi aku CPR (dibaca ; ajak aku keluar tengok wayang)
Aku memang perempuan yang pesen siap dalam 10minit ja.



Sampai la Queensbay Mall with 10 others (acah-acah check in foursquare)
Sebelum beli tiket wayang tu, singgah makan Nandos hanya kerana ayam.
Engko jngan tak tau, aku ni kekasih ayam yang paling setia.
Sebabkan semua disekeliling aku asyik main handphone.
Aku pun beli la MOBILE DATA.



Masa tengah beratur untuk beli tiket wayang, masuk la satu whatsapp.
*kawan lelaki, anak kawan abah*
 "Hi, nad yang comel manis anggun ayu sado dan kacak. Nak minta tolong ni" (okaylah, anggun tu aku tokok tambah)
Aku masa tu mata tengah tengok nak pilih seat, sekejap tengok handphone.
Dengan rakusnya aku pun balas whatsapp dia.


"Nak apa ni, puki saya?" (saya nak taip PUJI&saya benci orang yang cipta J sebelah K)


Apa kau rasa? Aku tengah jerit sekuat hati masa tu dan dalam hati jala aku jerit.
Aku terus tutup DATA masa tu.





Malam tu sampai takut nak tekan button WIFI.
Sampai tak tidur.


Dan esoknya aku dibahan sepuasnya.


Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidakku duga jari gemok dan typo begini~