Saturday, September 27, 2014

Dua kali lima; lima kali dua

Situasi 1;
Bermulanya cuti sem (walaupun dua minggu, nak cakap cuti sem jugak)
kawan-kawan belajar tempat lain-lain jadi cuti pun tak sama, apa lagi pishang la sorang-sorang.
Lalu datang la lembaga-lembaga koporat (sepupu aku) overnight dekat rumah.
Aktiviti dipilih; tonton cerita hantu. Conjuring.
Aku rasa lebih sepuluh kali la aku layan cerita ni.
Padah pasang volume kuat sangat masa tonton cerita hantu (sila rujuk ke bawah)
*hantu muncul dekat depan skrin*
Cousin; Ahhhhhhhhhhh! Hantuuu!!! Babinya hantu ni!!!! *sorok dalam selimut*
Jangan lupa, tolong jerit dalam high pitch ye.
Aku; dah kenapa, hang ni? Hantu ja pun. Bukan dia kuaq dari tibi.
*selitkan suara paling riak kat alam semesta*





Situasi 2;
Selesai menonton tu, semua masuk bilik.
Hujan turun tanda nak suruh tidur.
Aku khusyuk main hp masa tu, fikiran melayang ingatkan Redza Minhat.
*petir bunyi kuat sangat*
Aku; eeeeee. Petir. Takut! *masuk dalam selimut*
Jap, sapa suruh jerit dalam high pitch? (low ja)
Cousin; ini la dia ketuk dulang paku serpih, kata org jangan sampai aku katok hang.




Ini bukan rindu, ini madah Tuhan bayar tunai sekarang.
Berlagak sangat si tuan blog ni.




Padahal kalau nampak lipas terbang, sebelum lipas terbang, dia terbang dulu.

No comments:

Post a Comment